Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 24, 2009

UCAPAN ANAK2

AMNI hari ini genap 9 tahun. Kukucup dahinya dipagi hari. Tersenyum girang dia. ABAH plan nak pesta durian kami anak-beranak malam ni. MAMA ikut saja, sebab urusan MAMA dah selesai malam minggu lepas.

Semalam ABAH bagi kad2 di bawah untuk MAMA simpan baik2 dlm beg khazanah. Bila baca balik, macam2 perasaan timbul.... gembira dan sedih. Mai kita lihat apa ucapan anak2 kepada ABAHnya sempena Hari Bapa 2009.


KAD UCAPAN SANG PUTERA

Muka depan kad hasil kerja Adnin.
Pandai dia cari gambar lama Abah masa cun lg...
Banyak betul pengaruh kartun dlm diri mereka... depan blkg kad penuh kartun


Afdzal Hakim (anak sulung yang tinggi jiwa sentimental)

No one can replace you dad. We love dad.

Ayah, satu kurniaan Allah SWT kepada kita. Pada hari ini kita perlu mengucapkan sesuatu kepada ayah supaya dapat menggembirakannya. So, apa lagi, ucapkanlah SELAMAT HARI BAPA.

HAKIM, EKMAL, ADNIN & AMNI, kami ingin berdoa kepada MOHD. NOOR BIN BAHARI (ayah yang penyayang).

AlFatihah. Ya Allah, ampunilah dosa Abah kami, panjangkanlah umur Abah kami, berikanlah kesihatan kepada Abah kami, murahkanlah rezekinya, permudahkan kerja2nya, bahagiakanlah Abah bersama anak2 dan isterinya. Amin.

Sayang Abah. Jasamu akan kubalas. Hanya Allah yang menentukan.


Ekmal Hasif (anak ke-2 yang ceria dengan gurau-senda)

Pengorbanan Abah takkan kami lupakan hingga akhir hayat. Tak terbalas penat-lelah Abah membesarkan kami adik-beradik. Pantun untuk Abah...

Burung enggang di dalam hutan
Cari makan sampai tak dapat
Tali pinggang menjadi rotan
Buat kenangan sepanjang hayat

Tengok tu! Sempat lagi menyakat Abahnya.


Adnin Hazri (anak ke-3 yang paling fleksibel)

Ayah, jasamu sangat dikenang. Kamu membuatkan ku gembira. Kamu bekerja untuk keluarga. Kamu sentiasa marahi saya tapi saya tidak akan benci terhadap ayah. Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA.


KAD UCAPAN SANG PUTERI

Kad mmg nampak girlish tp apasal mata love jd mata ultraman...
Penangan joint abang2 dok tengok ultraman / power rangers la ni


Amni Wafa (anak ke-4 yang prihatin dan straight forward)

Selamat Hari Bapa ayah. Terima kasih kerana mendidik AMNI dan keluarga. Kalau AMNI ada buat salah, AMNI minta maaf.

7 comments:

Eta LaZiM said...

Ucapan yg LAHIR dari HATI SUCI anak2 kak Syabar... Very Touching!!!

:D Salam....

MariaFaizal said...

Ditto to both of you & hubby to have done an incredible job raising these kind hearted children. I'm praying hard that my children will appreciate my hubby & I just like your beautiful children do.

Sob, sob..I have teary eyes here sis :( reading those notes!

SYAbAR said...

MamaQaypo,
Sesungguhnya anak2 anugerah suci yang maha esa.

Maria,
Your soul are really sentimental ya sis. Mums tears is like a diamond. Every drop is precious by meaning especially if it relates to our kids.

Lin Arief said...
This comment has been removed by the author.
Naddiea said...

kAK sYABAR,tersentuh nadia baca kad ucapan anak2 utk abah derang.uhuhu...emo plak haih.

SYAbAR said...

Naddiea,
Nantikan kad ucapan untuk mu dan suami bila anak2mu besar nanti. Kalau org yg membaca tersentuh hati, inikan ibu yg melahirkan mereka....

Anonymous said...

kreatifnye mereka.
cantik sgt!