Mama Ayah..... Min rindu Mama Ayah
Ingat pesan mama
`Min, taip2 hari jangan lupa doakan mama dan ayah tau'
Bila tatap photo ini, airmataku bergenang..... aku teramat merindui mama dan ayah
Mama & Ayah... anak2 bertuahmu rindu dan sayang padamu
(dari kiri NAZIM, AMAR, YASMIN, NIZAR, ANUAR & NAIM)
Setiap hari telefon mereka di tanah suci tapi rindu tetap mencengkam. Dulu masa muda2 tak terasa sangat, tp bila dah menginjak usia, rindu pada mereka berdua makin ketara. Bukan pertama kali mereka ke sana, dah 8 kali mereka tinggalkan aku dan adik2 sebegini.
Sekarang baruku sedar bila mama berkata `Min, mama rindu kat tok', diikuti deraian airmata. Berpisah begini aku dah rasa rindu sangat, bagaimana mama yang hilang ibu buat selama-lamanya.....
Suatu hari ketika dirumahku, mama berkata `Min, mama rindu sangat kat Kaabah. Mana nak pi dengan ayah'. Setiap kali mama memelukku, telinga ini sentiasa mendengar mama menyebut `anak bertuah'. Pada adikku2, menantu2 dan cucu2nya juga begitu.
Orang pertama yang aku ceritakan hal ini adalah suamiku kemudian ANUAR. Tak tergamak untuk tangguhkan hasrat mereka ke tahun depan. Banyak sebab yg meruntun mama dan ayah untuk bermunajat di Tanah Suci.
Anak2 dan menantu bertuah ayah
Suami dan adik2ku sememangnya hulubalang, jatuh-bangun, mereka tetap ke depan gagahkan niat murni mama dan ayah. Di mulut suami, aku dengar `tumpang mama dan ayah sihat, eloklah mereke ke sana. InsyaAllah, rezeki tu ada'. Di mulut adik2ku, aku dengar `tak pa kak........' Mereka semua memberi sinar harapan. Anugerah buat mama dan ayah. Benarlah, pabila Allah mengangkat darjat hambanya, berkali2 kau bisa jejakkan kaki di bumi ambia.
Diriku sendiri dan adik2ku, contohilah mama dan ayah. Ayah hanya makan pencen anggota BOMBA. Mama surirumah sepenuh masa. Inilah namanya keberkatan hidup pabila kita taat pada yang hak iaitu ALLAH dan kedua IBUBAPA.
Adik2 iparku, sokongan dan kerjasama kamu semua dalam mendokong usaha murni suami masing2 sudah cukup menggembirakan mama dan ayah dan kamu semua adalah menantu bertuah mereka.
Anak dan menantu2 bertuah mama
Bila melihat ayah dan mama masuk ke balai berlepas, airmataku bergenang dan dalam hatiku berkata ALHAMDULILLAH....
Hingga saat ini, mama ayah sihat dan selesai beberapa kali buat umrah. Tok Chee yang berusia 88 tahun, mak embun dan kak liza juga baik adanya... Semua mereka kirim salam. Jangan lupa berdoa untuk mereka kata MAMAKU.
9 comments:
Salam.....
Alhamdulilah.....
Moga dipermudahkan semuanya Kak...
Tak Sabaq nak tung Mama & Ayah....
Adoiyaiiiiiiii........mencurah lagi beb!!!!
huhuhu..sedihnyer...
tapi gembira..
moga semuanyer selamat dan mendapat keberkatan dari-Nya..insya-Allah
Seronok kan...
yg dah pergi pasti duk ternampak2...duk terdengar2 panggilan untuk ke sana lagi...su yang tak penah pegi pun duk terbayang2 teringin ke sana kak..inikan diorang....huhuhu..sedih jugak baca entry ni..
Rindu arwah mama..dulu arwah selalu sebut ayat yang sama dengan mama kak min.."Na, mama rindu nak berdoa depan kaabah..bersolat di masjidil haram..mama rindu sangat"...huhuhuhu...sayang kak..arwah hanya sempat menunaikan haji je sekali...niat nak gi umrah tak kesampaian...
Sis,
I think you & siblings are lucky to have felt these 'missing' feelings.
I'm still wondering how those feel.Is it the same as I miss my hubby when he's away? OR Like I'm missing my grandmom & her cookings/nagging etc..
:(
P/S: Semoga perjalanan pergi/pulang from Mecca mendapatkan rahmah & dipermudahkan for both your parents.Ameen...
Semoga perjalanan mereka mendapat keberkatan... Ameen!! :D
mudah2an mama dan ayah selamat menjalani ibadah di sana..memang bila dah ada anak2 dan rasa berusia begini kita akan lebih menghargai ibubapa..ida tk dpt bygkan bila mereka tiada di sisi..seperti juga ida rasa amat takut jika anak2 tiada ida di sisi mereka.
Ohh rupanya kakak ni sedara Dj Epoi yer? ingatkan tersalah masuk blog, peal ada gambar dia tu... hehehe...
Saya doakan mereka selamat pergi dan balik dlm keadaan yg sihat walafiat...
Sis..
tetiba I miss my mumm..
ouhhhhhhhh.. menetes air mata da neh~!!
K Min...sedih woooo...uwaaaaaa...uwaaaaaa...
Su pun rindu Mama & Ayah...hati bertambah sedih saat mengenangkan Su mintak tolong mama doakan kesihatan Baby Afiq kt Mekah...
Rindu jugak kt Mak & Abah kt kampung...Minggu ni nk balik kampung...
Mudah2an Mama & Ayah sihat n selamat kembali ke tanah air..AMINNN
Post a Comment