Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, September 9, 2009

TAUHU SUMBAT GORENG

Gambar sblm digoreng. Slps digoreng tak sempat ambil
sbb terlalu laris bagai goreng pisang panassssss...

Bahan-bahannya:-

10 biji tauhu masin - kunyitkan & goreng separuh masak
1 cawan isi udang } dipotong kecil
1 cawan isi ikan salmon }
2 labu bawang besar - potong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cendawan
sedikit sos ikan
2 biji cili merah - buang biji potong dadu
beberapa helai daun bawang - hiris halus
Garam, gula, perasa secukup rasa
telur & minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya:-

1. Keluarkan isi tauhu yg digoreng sehingga tinggal sarungnya
2. Lenyek isi tauhu sehingga halus & campurkan bersama bahan2 lain.
3. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa. Gaul ramuan hingga sebati.
4. Sumbatkan ramuan yg dicampurkan td di dlm sarung tauhu.
5. Pukul telur, celupkan tauhu di dalamnya dan goreng dgn api yg sederhana.

p/s
Sangat enak sebagai hidangan minum petang
Boleh dimakan terus atau dicicah bersama sos cili
Boleh juga dijadikan inti popia goreng dgn ditambah sengkuang/tauge/karot di dlmnya.

Tuesday, September 8, 2009

BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA FLAT DBC

Alhamdulillah, Sabtu lepas majlis gotong-royong memasak utk berbuka puasa, solat maghrib berjamaah & tahlil arwah berjaya diadakan walaupun pd awalnya menghadapi sedikit dugaan. Selesai majlis, aku & suami terus menerima mesej dari AJK flat yg berbunyi seperti berikut:-

"Terima kasih di atas sumbangan tuan/puan dlm menjayakan majlis berbuka puasa tadi. Bermula dr meeting, derma, tenaga gotong-royong, mengemas, melapah, memasak, doa selamat & tahlil, sembahyang berjemaah, pinjamkan perkakasan, sumbangan kuih & makanan serta lain2. Moga Allah memberkati kita semua, insyaAllah. Dari Sayuti & semua AJK"

Suamiku tukang bancuh rempah

Pertama kali aku belajar cara memproses umbut &
& membuang getah pisang. Leceh rupanya....
Mujur suami pakar memberi tunjuk ajar

Hasilnya memang lazat, kena pulak dgn nasi kawah, sambal
belacan & ulaman tanaman sendiri (pucuk ubi, ulam raja)

Sembahyang berjamaah & tahlil arwah yg diketuai
oleh Al Fadhil Ustaz Yusmadi dari Kampung Baru

JALAN2 BERSAMA AYAH & MAMA

Sempena Cuti Nuzul Quran smlm, ayah kata `dah lama dok sini, tp tak pi2 lg pekan'. So, utk tidak menghampakan ayah, mamapun kata nak ikut, jam 11pg kami zass ke Masjid India. Dlm kepala pikir mcm2 brg nak cari. Baru dpt 2-3 brg, separuh jln mama dah mabuk dik rakyat yg terlalu ramai bershopping. Ayah kata `mama dah pening tu, pi bawa balik. Tinggal ayah kat sini, ayah nak ronda2 lg'. Aisayman..... dik kesiankan mama, aku ikut saja cakap ayah.

On the way balik, hubby call, suruh tgu kat Ampang Park sbb nak kirim daging rusa & tulang lembu. Tau la tu... ni nak suruh buat favourite dishes dia la, sup tulang & goreng kunyit. Dok menunggu, mama pulak sebut `min, mama teringin nak mkn biskut gajus'. Terus sj aku turun kereta dan round2 kat Ampang Park kejap & dptla 2 balang. Then singgah jap dkt rmh Kak Ju ambil langsir dan rmh tailor ambil baju.

Kiranya ni rembatan pertama la. Tp kepala dah poyo dik $$$$ melayang sedangkan rembatan ke-2, ke-3 masih que. Hisss... Tulun! Tulun! Sapa nak tulun ni..........

Milikku
Milik Mama
Milikku - Taste Mak Datin ka!!! Hikhik...
Milik Puteriku
p/s ayah kata nak cari kasut, pulang rmh tgn kosong. Sikit punya byk org niaga, satupun tak berkenan ka ayah! Demanding ka sayang duit? Takpalah, janji ayah selamat balik rmh utk berbuka puasa bersama

Thursday, September 3, 2009

SHUKRAN YA HABIBI ECHA

Hari ini sampailah hadiah kemenangan itu. Terima kasih ECHA (http://ecatir.blogspot.com/). Memang cun & MALATOP gitu!!!!!!

Wednesday, September 2, 2009

SARDIN KACANG PANGGANG

Bahan-bahannya:-

1 tin besar sardin /makarel - asingkan ikan & sos
1 tin kecil kacang panggang
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih }
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 biji cili hijau -dibelah 2 tidak putus
Garam, gula, perasa secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya:-

1. Panaskan minyak & tumis bawang yg dimayang hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar bersama separuh sos sardin & masak sehingga agak kering.
3. Masukkan kacang panggang bersama ikan sardin. Boleh dimasak berkuah atau kering.
4. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa bersama bawang besar & cili hijau.

p/s Anak2 saya suka masakan ini dibuat sandwich dan caranya:-

sardin/makarel dihancurkan sedikit. Kacang panggang biarkan sebiji2
bawang besar mentah - dimayang halus (tidak dimasukkan dlm masakan)
salad - diambil kepingan daun
timun - dibuang biji & dimayang memanjang
tomato - dihiris nipis
cheese - diparut
roti - 1 keping disapu mayonis, 1 keping disapu margerin
lada sulah - ditabur sedikit

Sedap juga dimakan bersama capati & roti canai.

Tuesday, September 1, 2009

KETAYAP SOSEJ-CHEESE GORENG

Menu ini adalah bg memenuhi permintaan puteri kami, AMNI. 2 hari asyik sebut nak makan sosej.
Bahan-bahannya:-

5 sudu tepung gandum
1/2 cawan air
5 sudu besar susu cair
1 sudu margerin
Sedikit minyak utk griskan kuali
Beberapa keping sosej cendawan AYAMAS - dipotong & dibelah 2
Beberapa keping cheese - dibelah 2
2 helai daun pandan
sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:-

1. Bancuh tepung dgn air & marjerin. Kacau hingga sebati. Biarkan seketika.
2. Masukkan susu cair. Ketepikan.
3. Panaskan kuali leper. Gris kuali dgn minyak & daun pandan.
4. Ambil sesenduk kecil adunan & dadarkan di atas kuali.
5. Apabila masak tebarkan ketayap di piring.
6. Taburkan sedikit lada sulah ke atas ketayap & gulung bersama sosej & cheese. Ketepikan.
7. Panaskan kuali bersama sedikit minyak & goreng ketayap hingga kekuningan.
8. Ketayap ini sedap dimkn begitu sj atau dicicah bersama sos cili.

TUMIS DARAT LABU AIR

Bahan-bahannya:-

1 biji labu air (saiz M)
20 ekor udang (saiz M)
2 sudu besar rempah kari udang & ketam
1 cawan santan pekat
4 biji bawang putih - ditumbuk halus
7 biji bawang merah }
6 ulas bawang putih } dimayang halus
2 inci halia }
1 sudu besar halba campur
sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air untuk merebus labu air
Garam, gula, perasa secukup rasa

Cara Membuatnya:-

1. Rebus labu bersama sedikit air hingga separuh empuk.
2. Masukkan rempah kari dan bawang putih yang ditumbuk.
3. Masukkan santan. Biarkan mendidih seketika dan masukkan udang.
4. Masukkan garam, gula, perasa secukup rasa. Apabila udang merah warnanya matikan api.
5. Panaskan kuali dan tumis bahan yang dimayang bersama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
6. Tuang bahan yang ditumis bersama minyak tumisan ke atas sayur yang dimasak dan terus tutup periuk untuk mengekalkan aroma bahan tumisan di dalam masakan.

p/s Mulai semalam, 1st time kami berbuka tanpa HAKIM. Rasa janggal sbb HAKIM yang selalu bacakan doa berbuka puasa.