Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 8, 2009

BATMAN FOREVER

Canggih betul tajuk entri kali ni. Tokonang semasa dulu, tp yang dulu tak la rupa camni. Dulu kita main yg diperbuat dr kertas, patern pun lebih kurang saja. Tabik la kat ayah. Buah tangan yang dia buat untuk cucunya memang class..... Kalau dah bawa naik yang ni, yang lain dah tak laku, semua mata terkezut.... terpaku pada yang satu. Terima kasih ayah.

Aku 3 hari cuba bawa naik, tak lepas2. Aku give-up, bawa lari sana, bawa lari sini, terjunam juga. Maka hari ini Sifu turun padang. Orang bendang kalau tak dak gaya, buat malu ja..... Yang syoknya, anak lelakiku langsung tak peduli. Ni la bahana gadjet2 moden skrg. Benda2 tradisional camni depa pandang sebelah mata saja.....

Mai kita layan apa dia. Zass......

Wau BATMANdgn mata bersinar
.... garang di angkasa

Peminat kecil & Sifunya

Saturday, June 6, 2009

JANJI SEORANG TEMAN

Cantikkan beg ini! Dari luar nampak manis, tapi di dalam tiada siapa yang tahu. Simbolik diriku sekarang. Ini majlis orang, tambah2 sempena mendirikan masjid. Kegundahan dan kegelisahan hatiku pd tok, perlu aku sembunyikan dalam2. Jangan dipamerkan. Biar senyuman manis dan keceriaan menghiasi majlis ......... inilah JANJI SEORANG TEMAN.

Suamiku sudah 3 hari membantu menguruskan majlis, dr akad nikah hinggalah walimatulurus. Aku sejak semalam sibuk mempastikan dadih untuk tetamu dibuat baik dan secukupnya. Alhamdulillah, tepat jam 10.00pg td semuanya dihantar ke Dewan Banquet, Maktab PDRM, Kuala Lumpur.

Walaupun masih penat, aku gembira melihat majlis berjalan lancar. Wajah suamiku nampak jelas gembira melihat pegawainya bersanding di pelamin dgn permaisuri hatinya.
Di sini kami berjumpa kembali
Tuan Shahrom, Haiza & Shikin

Alhamdulillah, majlis selesai, dadihpun selesai.......

Thursday, June 4, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

3 Jun 2009 telah melakar sejarah. Sejarah manis buat seorang guru bernama ISMAIL BIN ABU BAKAR dan bekas anak2 murid Darjah 6 (1980 - 1982). Malam ini, Restoran Nelayan Titiwangsa menyaksikan pertemuan beberapa pelajar dengan gurunya setelah 29 tahun meninggalkan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera (SRKTP), Baling, Kedah. Indah sungguh malam ini.......
Wajah guru kami sekarang.
Anak2 muridmu tetap mambayangkan cikgu segak dan tampan seperti dahulu.


Wajah2 kegembiraan......

Detik paling bersejarah....... saat2 yang membuatkan `cikgu kelu tanpa sepatah kata' buat seketika. Aku pasti kawan2ku, baik lelaki ataupun wanita, tersentuh hati di saat ini.

Angin bertiup dari semua arah. Susah untuk dinyalakan api lilin. Kami bersatu, membuat kepungan keliling kek supaya `api cinta kami pada seorang guru' dapat dinyalakan. 29 batang lilin menandakan `29 tahun bertemu semula'. Beramai2 kami menyanyikan....

SELAMAT HARI GURU, SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI GURU CIKGU
SELAMAT HARI GURU
......KAMI SAYANG CIKGU ISMAIL

Aduh begitu sentimentalnya saat ini...... dan cikgu seperti seorang selebriti pada waktu itu, dikelilingi paparazzi amatur

dan inilah saat2 yang paling manis pabila anak murid menyuapkan manisan ke mulut gurunya dengan lafaz...
Bismillah...
`Ya Allah Ya Tuhanku
Panjangkanlah Umur Guruku
Murahkanlah Rezeki Guruku'


Antara gambar2 menarik semalam....

Macam adik-beradik pulak meraka ni......

Kami bersembang sampai Restoran bagi tahu aku `kak, restoran tutup pukul 10.30 ya! Tengok jam di hp, laaa tak sedar dah 10.45mlm.

Sebab masih tak puas, kami sambung cerita depan pintu masuk sebelum masing2 `BYE BYE & JUMPA LAGI'.
Dalam perjalanan balik rumah, aku cakap dgn hubby `Abang... Min lapar la'. Mana tak lapar... orang lain semua balon sakan makan, aku hanya makan 1 ekor ketam, 2 biji fish ball, 2 biji pucuk seafood, air kosong dan teh `o'. Mana cukup.... dari awal sampai habis dok berkawad pi balik. Alhamdulillah, hubby sporting, terus bawa pi restoran mamak..... hahaha

Sampai rumah, dah tak boleh tidur pulak.... suntikan aura guru dan kawan2 yang terpancar dari sinar mata mereka membuatkan aku bertenaga seperti zaman di SRKTP dulu. Jam 5.30 pg baru aku lelapkan mata sebentar sebelum bangun semula untuk mulakan hari yg ceria di tempat kerja.

5 Jun 2009
Terima SMS dari cikgu berbunyi
`Salam. Last sambut hr guru tahun 2003
tp bukan mcm yg Min buat mlm 2. Biasanya
kami guru2 sambut sendiri ja n buat jamuan
n permainan dgn budak2. Yg mlm tu pertama kali
sy alami dalam hidup saya sbgai seorg guru'


p/s Gambar penuh diletakkan di dalam SRKTP Yahoo Groups....

Wednesday, June 3, 2009

AKU DALAM DILEMA

HAJAH BEDAH AHMAD
satu2nya tok yang aku ada sekarang

Photo ini begitu nostalgia.... rapi kusimpan selamanya.  Bukan senang untuk merakamkan gambar seorang ibu dalam dakapan anak2nya dan seorang abang memeluk mesra adiknya, masing2 dengan senyuman....

Jam 11mlm semalam, hp berbunyi.  Waktu tu, aku dah nak lelap sgt, hp pulak dok jauh dari katil. Tapi sebab berdering tak berhenti, gagah juga aku menyeluk mencarinya dalam beg tangan. Tengok kat skrin hp, tertera HALIMAH. Apasal pulak ni Makngah telefon mlm2. Hati dah tak sedap.

Soalan pertama Makngah tanya, `ayah ada mana?' Aku bg tau la ayah masih kat Mekah. Makngah memang tau ayahmama nak pi Mekah, tp dia tak ingat bila. Dia tanya lagi, `bila ayah balik?'.  Aku jawab la `hari Ahad 14hb.  Apasal Makngah!'.

Lepas cakap dengan Makngah, tidur malamku dah tak keruan.  Macam2 aku mimpi.  Pagi ni aku telefon Hana, minta cakap dengan tok.  4 kali tanya tok, dia tak mau cakap lg katanya tak larat. Suara tok pula tenggelam timbul, apa yg dia cakap pun aku tak dapat tangkap sangat.

Ya, Allah.. aku redho dugaan ini.  Makngah minta aku telefon ayah, bg tau keadaan tok.  Minta doakan kesihatan tok di kota suci Mekah. Kata Makngah, masa ayahmama mai jumpa tok bg tau depa nak pi Mekah, tok OK lagi.  Tp, 2-3 lepas tu tok nampak lain.  2-3 hari ni pulak, tok dah tak bangun dari katil lagi.  Bercakap pun tidak kalau tidak ditegur.  Makan pun dah tak minta, kalau suruh buka mulut nak suap makan, baru tok buka mulut.

Ya, Allah.. beratnya nak buka mulut bg tau ayah, tp tok mak dia.  Mau tak mau, aku kena bg tau ayah.

Makngah pula minta aku balik kg tengok tok.  Pagi ni Hana kata elokla balik tengok tok.  Tiap bulan aku hantar duit kat tok melalui Hana.  Duit bukan ukuran kasih-sayang yg tok dah curahkan kat aku.  Aku cucu sulung... aku kena balik.  Tapi... anak2 perlukan aku untuk urusan sekolah sampai hujung minggu ni.  Celah tu, aku terikat dgn janji untuk sediakan dadih kenduri kahwin, juga hujung minggu ni.

Ya, Allah.. kau kurniakanlah kesihatan yang baik buat tok.  Permudahkanlah segala urusan ayahmama di tanah suci.  Kuatkanlah semangat ayahku di sana pabila kukhabarkan berita ini nanti. Amin.

Tok, Min pasti balik tok... Tok tunggu tau!

Tuesday, June 2, 2009

PABILA MAMA BERKATA

Mama Ayah.....  Min rindu Mama Ayah

Ingat pesan mama
`Min, taip2 hari jangan lupa doakan mama dan ayah tau'

Bila tatap photo ini, airmataku bergenang..... aku teramat merindui mama dan ayah

Mama & Ayah... anak2 bertuahmu rindu dan sayang padamu
(dari kiri NAZIM, AMAR, YASMIN, NIZAR, ANUAR & NAIM)

Setiap hari telefon mereka di tanah suci tapi rindu tetap mencengkam.  Dulu masa muda2 tak terasa sangat, tp bila dah menginjak usia, rindu pada mereka berdua makin ketara.  Bukan pertama kali mereka ke sana, dah 8 kali mereka tinggalkan aku dan adik2 sebegini.

Sekarang baruku sedar bila mama berkata `Min, mama rindu kat tok',  diikuti deraian airmata. Berpisah begini aku dah rasa rindu sangat, bagaimana mama yang hilang ibu buat selama-lamanya..... 

Suatu hari ketika dirumahku, mama berkata `Min, mama rindu sangat kat Kaabah.  Mana nak pi dengan ayah'.  Setiap kali mama memelukku, telinga ini sentiasa mendengar mama menyebut `anak bertuah'.  Pada adikku2, menantu2 dan cucu2nya juga begitu.

Orang pertama yang aku ceritakan hal ini adalah suamiku kemudian ANUAR. Tak tergamak untuk tangguhkan hasrat mereka ke tahun depan.  Banyak sebab yg meruntun mama dan ayah untuk bermunajat di Tanah Suci.

Anak2 dan menantu bertuah ayah

Suami dan adik2ku sememangnya hulubalang, jatuh-bangun, mereka tetap ke depan gagahkan niat murni mama dan ayah.  Di mulut suami, aku dengar `tumpang mama dan ayah sihat, eloklah mereke ke sana.  InsyaAllah, rezeki tu ada'.  Di mulut adik2ku, aku dengar `tak pa kak........' Mereka semua memberi sinar harapan.  Anugerah buat mama dan ayah.  Benarlah, pabila Allah mengangkat darjat hambanya, berkali2 kau bisa jejakkan kaki di bumi ambia.

Diriku sendiri dan adik2ku, contohilah mama dan ayah.  Ayah hanya makan pencen anggota BOMBA.  Mama surirumah sepenuh masa.  Inilah namanya keberkatan hidup pabila kita taat pada yang hak iaitu ALLAH dan kedua IBUBAPA.

Adik2 iparku, sokongan dan kerjasama kamu semua dalam mendokong usaha murni suami masing2 sudah cukup menggembirakan mama dan ayah dan kamu semua adalah menantu bertuah mereka.
Anak dan menantu2 bertuah mama

Bila melihat ayah dan mama masuk ke balai berlepas, airmataku bergenang dan dalam hatiku berkata ALHAMDULILLAH....

Hingga saat ini, mama ayah sihat dan selesai beberapa kali buat umrah. Tok Chee yang berusia 88 tahun, mak embun dan kak liza juga baik adanya... Semua mereka kirim salam.  Jangan lupa berdoa untuk mereka kata MAMAKU.

KEK ADEL

31 Mac 2009, ADEL genap setahun
Ragam ADEL bila dipakaikan topi birthday....
Kegembiraan AMAR & NOOR di hari ulangtahun anak sulung
Sambutan sederhana  tapi penuh makna.
Bacaan doa dipimpim oleh HAKIM.

Monday, June 1, 2009

KASIH SEORANG GURU

Dia, terpisah lama tapi tak pernah dilupa
Dia, kini berusia, dihati merasakan masih muda
Dia, berubah wajahnya, difikiran tetap kacak orangnya

Mengapa dia, sukar terpadam namanya
Mengapa dia, masih muda selalu di jiwa
Mengapa dia, diagungkan kacaknya

Bukan dia, tak pernah mengherdik
Bukan dia, tak pernah perlihatkan wajah singanya
Bukan dia, tak pernah menjentik jarinya

Inilah keagungannya, pabila didikannya tersemat dijiwa
Inilah rahmatnya, pabila kasihnya disemai dikalbu
Ekslusifnya gelaran itu telah dicipta
Pabila diangkat kredibilitnya
Di mata dan di jiwa anak2 didiknya

Dialah GURU sebenarnya.......

29 tahun terpisah pada sebahagian kawan2 sekelasku. Satu tempoh yang lama bukan. Pernahkah anda mempunyai seorang guru seperti dia? Nun jauh dari desa, menelefonku, berhasrat bertemu anak2 didiknya di hutan batu yang penuh pancaroba. Pastinya, ia satu kenangan yang indah buat kami bekas2 pelajarnya.

Hari ini aku sibuk, mencari kawan2 penghuni Lembah Kelang ini. Kegembiraan kami bukan kepalang. Benarkah berita gembira ini? Kadang2, last minute plan, semuanya menjadi. Engkau harus tahu Cikgu, niatmu bersahut. Terima kasih, terima kasih, terima kasih........ Cikgu.

3 Jun kami ditakdirkan bertemu lagi. Makan malam bersama guru di Restoran Nelayan Titiwangsa, bakal menjadi saksi. Sejarah tercipta untuk guruku ini.....

Cikgu Ismail Abu Bakar