Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, December 16, 2008

SAIFUL AMIR

SAIFUL AMIR HAJI ABDUL RANI. AMIR adalah nama pilihan nenda Hajjah Rahmah yang bermaksud `Putera, Ketua, Pemerintah'. Di dalam keluarga dipanggil AMAR. Anak2 buah memanggilnya Pak Andak.

Dilahirkan pada 28 Ogos 1981(Ahad, 22 Syawal 1401) juga di Hospital Baling. Seorang anak yang paling lama menyusu susu ibu. Semua adik2ku dilahirkan comel, tetapi bagiku AMAR lebih comel dari semua. Memandangkan comelnya macam baby girl, rambutnya selalu kusisirkan `tocang'. Kecil saja like baby girl, dewasanya lelaki mampan.

Kalau NAIM & NAZIM punya pengasuh, AMAR juga begitu. MAZIDAH dari keluarga yang susah, usianya lebih muda dariku, hadir dalam keluarga kami, membantu mama menjaga AMAR terutamanya ketika mama sibuk menjahit baju dan keluar berniaga.




Persekolahannya bermula di Alor Setar dan tamat SPM di Kulim, Kedah Darulaman. AMAR juga sebentar mat kilang sebelum mendapat tawaran menjalani latihan asas laskar udara di Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan kemudiannya ditugaskan bi TUDM Kuching, Sarawak. Dapat juga kami melancong ke Kuching sewaktu beliau di sana.

Anggota kelab bikers..... motor2 besar adalah koleksi dan aset. Banyak awards disapu dik pengubahsuaian motor JAGUHnya di Sarawak.

Untungnya, bila kahwin diescort mamat/minah bikers. Gah gitu........ berarak masuk kampung. Nak tahu siapa pengantin perempuan. Ha ha ha, kawan sekelas si NAIM. Kantoi gitu, merantau sampai ke Sarawak, orang sekampung juga jadi isteri.

Diijabkabulkan pada 4 April 2007 (Rabu, 16 Rabiul Awal 1428) dengan NOOR FAZILA JAHUBAR SADIQUE ALI yang dilahirkan 23 Jun 1987 (Selasa, 25 Syawal 1407). Majlis resepsi mereka pada 2 & 3 Jun 2008. Kini sekeluarga menetap di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, rezeki murah, setahun kahwin dikurniakan seorang wira MUHAMMAD ADEL SAIFUL AMIR yang dilahirkan pada 31 Mei 2008 (Sabtu, 25 Jamadil Akhir 1429) di Hospital Kulim.


Kata orang hidup berumahtangga umpama

  • BERJUDI, ada masa menang-kalah, untung-rugi

  • SABUT di sungai, ada masa timbul-tenggelam, tergolek-terbungkang
Tak kisah apa pun peribahasa, yang penting persefahaman, saling bertolak-ansur, hormat-menghormati. Membentuk isteri bukannya mudah. Bukan sekadar memberi-merasa, ada masa diuji pemikiran, kesabaran. Lakukan mengikut kemampuan & pertimbangan.

No comments: