Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, November 30, 2009

AIDIL ADHA DBC

Syukur... tahun ini aku dan suami berjaya mendapatkan seekor lembu (RM2700) untuk ibadah korban tahun ke-2 bg penduduk Islam DBC. Pecahan bahagian lembu adalah seperti berikut:-

Ibadah Korban
Yusmadi Osman (1/7), Rokiah Deraman (1/7)
Siti Balkis Ishak (1/7), Siti Yasmin (2/7)


Ibadah Akikah
Muhammad Hafiz Mohd Sauthi (1/7), Siti Arfah Burhan (1/7)

Malam Aidil Adha, kami 4 sekawan gotong-royong memasak
ketupat nasi, ayam pencen rendang pedas & kuah kacang

Perancangan awal.. masing2 membawa juadah `potluck' tapi......!!! Mujur ada menu di atas, menjadi penyelamat alas perut para suami ketika bertugas korban disamping kuih-muih apam cawan, apam gula hangus & karipap sumbangan sepupuku Kak Ton bersama mee goreng & agar2 gula kabung bersantan yg sempat aku sediakan.

ragam para suami menumbangkan lembu korban
menu simple...
sup tulang, daging masak hitam, daging rebus cicah air asam
sambal belacan, ulam2 keliling pondok & jering


JUTAAN TERIMA KASIH

CHEF TAJUDIN tukang masak SK Desa Tasik, Sungai Besi
siap sponsor air asam kerisik lagi

USTAZ KADIR yang ditempah dr Surau Taman Bahagia
utk sempurnakan sembelihan lembu korban dan kawannya MUS

SYED walaupun baru menjadi penghuni flat tp murah hati
sponsor khemah, meja kerusi utk keselesaan menjamu selera

LAN & SAMSIAH sponsor minuman teh `O' & nescafe panas

PAK MAT pembekal periuk besar & kawah

WARGA DBC yg bg sumbangan & hadir jayakan majilis

PENGORBANAN ITU BESAR NIKMATNYA ..Moga aku sentiasa beringat ketika dikurniakan kudrat dan rezeki melimpah kerana..... bukan semuanya milik mutlak KITA

2 comments:

Diamilikku said...

confirm akak sangat penat kan...
sian akak..lepas berperang dengan ibadat korban..terpaksa berperang dengan jammed plak di hiway....takpe2...yang penting dapat balik kg n beraya...

Dj Epoi said...

Tahniah Sis..

Tgk gambaw jer pon dah seronok heheheh