2008.... Keceriaan Ramli & Isteri yg baru bersalin
2008.... kenangan berhariraya di rumah Ramli
Hari ini aku menerima berita yg begitu memeranjatkan dan melemahkan seluruh anggota badanku. Semangatku untuk melakukan kerja2 sambutan majlis hariraya Sabtu ini tergugat juga.
Ramli @ Ramli Bok Bak, Baling..... adalah seorang insan yang tidak kering dgn lawak jenaka dan usikannya. Tahun lepas di rumahnya, terpancar penuh keriangan antara kami semua rakan2 sekolah. Aku, Rusniyati, Rozie, Meor, Akmal & Zairani sekeluarga, begitu gembira dapat bertentang mata antara satu sama lain sambil menjamah hidangan raya dirumahnya.
Pagi ini, kawanku Rusniyati menelefon membawa berita `Min, Ramli dah disahkan pihak hospital TIADA HARAPAN. Doktor suruh balik rmh buat wasiat'. Berdebuk jantungku seperti luruh ke lantai. Blank seketika. Baru 2 hari lepas aku bercakap dgn Ramli. Mohon aku berdoa supaya penyakit yg dihadapinya tidak merebak & memberikan keputusan perkembangan yg positif.
Inilah namanya suratan takdir... dgn tanda2 hanya sakit pinggang, bulan Julai lepas Ramli disahkan mengidap KANSER BUAH PINGGANG. Keputusan hospital smlm..... aku sbg kawan redha.... semestinya berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul.
Ramli, kami kawan2mu sentiasa bersamamu. Doa dan ikatan kasih sahabat tak pernah putus buatmu.
Kawanku2 semua......
Apa kata kita laksanakan sedikit kebajikan sewaktu Majlis Aidilfitri nanti.
Tabung Sahabat... 1 Malaysia 1 Pengharapan
Ramli seorang sahabat yang telah
mewarnai kehidupan kita sebagai rakan persekolahan
di bumi Malaysia tercinta.
Ada masa terluang, kita sama2 ceriakan Ramli dgn menziarahinya
Keadaan Ramli kini.....
2 comments:
itu semua kata doktor kak..kata akhir tetap pada allah yang satu...sama2 kita doakan yer....
salam kak syabar.. salam kenal.. open house umah akak mmg best.. tp aritu tak terjumpa akak pulak.. ralit borak ngan suked n bro epoi... takpe nanti kita kenal2 yer...
Post a Comment