Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, February 10, 2009

MAKAN BESAR

Malam ini kiranya penghujung Tahun Baru Cina warga Tionghua dan waktu keramat bagi warga Hindu, sempena esoknya Thaipusam. Kalau orang Hindu berpuasa, orang Cina makan besar lagi malam ini.

Aku dan famili juga makan besar, bukan bermaksud meraikan hari kebesaran penganut agama lain, dah kebulan cuti...... yang penting melangsaikan janji Big Boss dengan Suked8787 sebelum dia kena tahan makan buat seketika. Pendek kata, tak putih mata la kalau orang layur makanan ni depan dia waktu berpantang nanti.

Anakku ADNIN yang paling enjoy menjamah makanan seafood kesukaannya. Lihat saja timbunan cengkerang di gambar sebelah. Abah pun tumpang sekaki.

Maaf adik2 yang lain kerana tidak dijemput, paham2 sajala.... kata Suked8787, `kalau belanja semua, malam ni cerah lagi la kepala Tok Sarjan kita'. Ha ha ha .....

Makanan yang diorder simple saja .......

Ketam masak daun kari satu kemestian

Udang goreng bawang putih, ranggup!!!!! Lala sweet sour, kesukaan anak2
Kangkung goreng belacan dan salad, pelengkap menu
Masing2 pulun makan, tak cukup guna sebelah tangan, kena pulak dengan air limau kasturi asam boi.....uuumph, sedap hingga menjilat jari

5 comments:

Dj Epoi said...

Tq so mush Abg SURGENT!!!( Gua Wakil Suked 8787 )

Mudahan2 bertambah ler lagik rezki keluarga ni....

Sedap siut !!!!!
Ader lagi ka ?

Diamilikku said...

hurmmm..
kalau saya ke kl kak syabar kena belanja menu sama jugak ahhh...
bro dj kena belanja udang galah masakan sendiri..
boleh tak??
hahahahhahaha

SYAbAR said...

Apa salahnya ...... mai time awal2 bulan ya dik!!!

Dj Epoi said...

Kuang...kuang ...kuang

Bisan Gua punya pasal aper salahnya...hahahah

P/S - Celupar mulut gua kan?

MamaVogue said...

Sedapnye...lapar la pulak..