Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, July 27, 2009

21 PESANAN UNTUK SUAMI

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Kepada lelaki yang bergelar suami, bacalah dan ambil perhatian serius perkara-perkara di bawah:-

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga).

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Semoga semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini dan semoga dapat amalkan demi kebaikan `sebuah masjid yang dibina'. InsyaAllah.

petikan dari PakarHowTo

BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Di Kandung Tanah
Budi Yang Baik Di Kenang Juga

Aku terima janjinya
PERSIS MUTIARA .... bait-bait langkahku
dengan hantaran budinya sebanyak ....

ANTARA MUMIA & POCONG

Antara yang menarik perhatianku
Yang mana satu POCONG
Yang Mana satu MUMIA
Inilah barisan hantu di siang hari.. Hihihi

Kekemasan dan kreativiti ibubapa asas pengadilan
Sukan antara Warden, Penghuni Asrama & Ahli Keluarga
SMTSKL pada 25 Julai 2009

UP & DOWN

When he is UP
He makes us proud. Pours life with cheers & enjoyment.

When he is DOWN
He makes us worry and sad

But life has to go on. Live strong in whatever situation. Everthing happen with reason and solution. Don't live in parasit world cause they are not helping but live with strong believe of the powerful Asmaul Husna.

Thursday, July 16, 2009

KERJA RUMAH DARI COMBI

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy?
4 orang - 3 perwira, 1 pertiwi

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Rancangan Malaysia dah tamat

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam?
AFDZAL HAKIM
(`Keberkatan' `Kebijaksanaan')

EKMAL HASIF
(`Sempurna, Cerdik' `Kemas, Rapi')

ADNIN HAZRI
(Adnin nama sebuah `Syurga')

AMNI WAFA
(`Ketenangan, Keamananku' `Ketulusan, Kesetiaan, Kesempurnaan')

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda?
Mama, abah & umi Arpah

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda?
Dari koleksi nama2 bayi Islam di buku dan internet

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
Dah tak terfikir sebab tak berhajat untuk mengandung lagi

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
4, kalau boleh nak memasing 2 pasang, tp ada seorang pertiwi pun jadilah

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda?
1 & 2 lat setahun, 2-3 lat 4 tahun, 3-4 lat2 tahun

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya?
Tak berkaitan sebab dah tutup buku

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda?
Lihat gambar di bawah.... siapakah yg mempunyai ciri2 persamaan dengan mamanya

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger.

Wednesday, July 15, 2009

INI KISAH HIDUPKU....

Ini kisah hidupku, siang mlm, hari ke hari, minggu ke minggu. Seringkali terhibur dgn keleteh manusia sekeliling.. keluarga, teman, jiran tetangga. Ada masanya pula hati diselubungi mendung yg pasti berarak pergi.

Hidup mesti diteruskan selagi kudrat dan akal bersaing serentak dalam tempo yg sama. Di atas langit, di bwh bumi dan sbg insan, kita jgn terlalu mendongak ke atas krn sebenarnya yg di bwh itulah yang mengajar kita erti kehidupan sebenar. Mengenali dan bergaul dengan mrk yg merempat mana mungkin jejaskan maruah diri. Bermurah membantu bukan bererti menempah kepapaan. Di situ hikmahnya... cari yg baik.

ada masa manjakan diri berdua dgn yg tercinta


ada masa riadah dgn sahabat & jiran tetangga
awal pagi hujung minggu - aerobik, senamtari & poco-poco
~ Ladies Only ~
kesihatan hakmilik setiap insan


masak laksa... time basuh peruk hanya tinggal berdua
hahaha... inilah gotong-royong namanya


Ada masa layan selera anda di pinggir/luar kota
dan berhentilah sblm kenyang krn
`Makan Utk Hidup Bukan Hidup Utk Makan'
Ni baru benar2 rezeki durian runtuh.. indahnya berumah di tengah dusun
Tidak rugi jika bersedekah krn rezeki itu pemberian Allah


ada masa layanlah aktiviti anak2 dan
perhati cara pergaulan mereka
EKMAL dan dapat tali pinggang HITAM
ADNIN dah tukar tali pinggang BIRU

ADNIN beraksi dlm kejohanan badminton
anjuran Persatuan Penduduk Alam Damai

Thursday, July 9, 2009

SENANG CERITA .......

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu,

adalah seorang lelaki mengaku... Katanya :
"Saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya :
"Apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :
"Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi...
"Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya :
"Sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya :
"Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....

Tanpa disangka2 seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"Saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya:
"Bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
Budak itu pun menjawab :
"Nak cite pun malas"....

Beginilah adanya....... pabila wujud yang tersirat dan tersurat