Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 16, 2009

2 MY FOLLOWERS


THANK YOU 4 BEING
MY GREAT BLOGGERS

Friendship Never End,

ADUIIIIIIII.....

Senaraikan 8 orang untuk di tag?
1. Kak SYABAR
(dok atas sekali pulak nama aku ni......)

SiDiaMilikku ni tak habis2 kenakan tag. Dah reserve title `bakal besan' adikku, so kena layan juga la...

1. Apakah perasaan anda sekarang?
Teramatla letihnya sampai tertido lunch time tadi

2. Saya nak makan?
Cucur Kodok panas

3. Saya tak suka?
Orang yg suka dok buruk2kan kawan dan org yg terima cerita, percaya apa yg didengar tanpa belajar mengenali individu itu sendiri. Bagiku `dia mungkin musuh pada sesetengah orang, tp dia mungkin boleh jadi sahabat baik pada sesetengah orang'. Jangan senang2 memutuskan silaturrahim. Tuhan benci

4. Impian saya?
Boleh ka aku jadi pelakon layar perak?

5. haiwan yg saya tak suka?
Ulaq... eeee geli

6. Saya harapkan?
Dapat rezeki tergolek. Nak pi Mekah dgn suami, ayahmama, anak2 & adik2

7. Jika boleh putarkan masa?
Nak masuk Darjah 1 balik

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Jadi peniaganita kot. Amin....

9. Handphone saya adalah sebuah?
Handphone syarikat. Model lama pun pakai je lah

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Kalau kira dari time cinta monyet, susah nak ingat la...

11. Kawan-kawan saya?
Ikhlas berkawan pun ada, duri dlm daging pun ada

12. Pernah dikhianati?
Pernah, jgn ingat aku tak tahu siapa talam 2 muka yang berpura2 dihadapanku

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Alhamdulillah, Tuhan Maha Kaya. Sendiri mau ingat la kalau `respect' dah hilang

Sunday, June 14, 2009

BIAR GAMBAR MENTAFSIR SEGALANYA

Paling sayu saat ini. Waktu aku rapatkan muka kepada tok, tok membelai2 mukaku, menyentuh bibirku, meraba dada dan bahuku dan sekali lagi menyentuh seluruh mukaku. Kemudian tok berkata,

MIN CANTIK. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH

Aku terkedu dan berkata,

TOK, MIN AKAN SENTIASA CANTIK UNTUK TOK
MIN AKAN SENTIASA CANTIK MACAM TOK JUGA

Aku bertanya lagi pada tok seperti ini

TOK, NI YASMIN CUCU SULUNG TOK
YASMIN NI ANAK SIAPA TOK
ANAK ANI KA, HALIMAH KA ATAU ANAK SHARIF KA

Syukur alhamdulillah, to menjawab

YASMIN ANAK ANI
(Ani adalah panggilan manja tok pada ayahku ABDUL RANI)

Akhir sekali aku memegang tangannya dan berkata

TOK, MIN NAK BALIK KL NI
MIN SAYANG TOK TP MIN KENA BALIK KL
ANAK2 NAK SEKOLAH, MIN NAK SAMBUT AYAHMAMA BALIK MEKAH
NANTI AYAHMAMA MAI TENGOK TOK TAU, TOK TUNGGU
TOK JGN LUPA WIRID SELALU TAU

dan balasan dari tok,

TAKPA, PI LAH BALIK
JANGAN BIMBANG
ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALHAMDULILLAH

p/s
Andai kata ini peluang terakhir aku bertemu dgn Tok, aku redha kerana telah diizinkan bermanja dengan tok, membelainya seperti dia membelaiku dulu, berbakti dihujung usianya. Aku juga syukur kerana berkesempatan memohon ampun darinya dan minta dihalalkan segala pemberiannya kepadaku sejak aku bayi hingga seusia sekarang.

Terima kasih Makngah, Pakngah, Basir & Hana. Tiada siapa berhak mempertikaikan bagaimana kamu menjaga kebajikan tok, kerana semuanya telah terpamer di depan mata seorang CUCU SULUNG.

DOA AYAH AN MAKBUL

HAKIM baru baca komen Ayah An dalam entri `BUAT AYAH AN/DJ EPOI' yang berbunyi...

Salam Hakim......

Alhamdulilah......Syukur!!!!

Ini tahu Lu dapat Gangsa....
Sapa tau kat Terbuka Kedah Lu bawak balik EMAS.....

Colour apa ponk yg Lu bawa balik......Gua Ok jew!!!!!
Yang Penting....semangat Melawan tuh ada.!!!

Laptop?
Yap Ayah Ann masih lagi sedih tahap gila babai nih!!! pasal seluruh gambaw kita yang 5 tahun dulu dah Hilang siut!!!
Nanti bila dah senang/kaya jangan Lupa Ayah Ann arrr heheeheheh

Ayah Ann Doakan kejayaan Hakim kat Kedah Open!!!

Buat betul2 K...

HAKIM dah buat betul2 AYAH AN. Doa AYAH AN makbul dan inilah hasilnya.

!!!! EMAS !!!!
Medal ni HAKIM nak bagi dekat AYAH WAN
Kedah Open 2009 melibatkan Negeri Kedah selaku Tuan Rumah,
WP Labuan, WP Kuala Lumpur, Penang, Perak, Melaka, Johor, Kelantan, PTPL,
MSN dan beberapa Kelab Jemputan lain

Wednesday, June 10, 2009

TERIMA KASIH DJ EPOI

Tq bro Dj. Kami punya la seronok, buat kerja sampai malam. Pastu kami buat kenduri kecil sikit untuk tambah keberkatan.
Kami bakar 2 ekor ayam saja
Tapi rakyat yang datang seneru. Cukup pulak. Tu la berkata namanya
Abang ipar bro paling selera makan sebab ada ayam panggang, daging rebus, air asam tomato, sambal belacan ikan kembung terutamanya ulam jering, petai, pucuk paku dan kacang bendi

Alhamdulillah, rezeki kami Bro. Terima kasih dari kami warga PANGSAPURI DESA AWANA DAN ANGSANA

BUAT AYAH AN/DJ EPOI

Ayah An selalu bagi HAKIM kata2 peransang dan nasihat. HAKIM tahu Ayah An sedih sebab hilang laptop. Tak patut orang tu curi laptop Ayan An. HAKIM pun belum kerja lg, tak dapat nak bantu Ayah An beli laptop baru. Tapi hadiah yang HAKIM nak bg kat Ayah An ni mungkin dapat gembirakan Ayah An.

Hari ni HAKIM bawa balik pingat GANGSA Ayah An. HAKIM masuk Sukan Wilayah Persekutuan (KL, Putrajaya & Labuan). Lepas ni HAKIM lawan di Terbuka Kedah pulak. Doakan kejayaan HAKIM ya Ayah An. HAKIM sayang Ayah An........

Tuesday, June 9, 2009

APA NAK JADI

Kisah Hari Ini & Semalam

Semalam... Nak marah pun tak guna sebab benda dah nak jadi.
2009 baru 1/2 tahun, dah masuk 3 pasang cermin mata nak oooiiii
... Apa Nak Jadi


Hari Ini... Bawa bekal spagetti `bolognaise' (buat sendiri tau!)
Panaskan kat microwave then terus ke HR +-5 minit
Balik opis microwave dok panaskan lg... aku dah salah set timer oooiiii
Makan je la spagetti `berlemuih' yg jd maggie kembang
... Apa Nak Jadi