Saat pertarungan kini bermula. Mampukah aku ulangi detik kegemilangan itu di usia begini????
SEPUTIH SEHARUM MELUR
Warisan Pertama Ayahbonda Akulah Racun Akulah Penawar Putihnya Melur Jangan Dikotori Harumnya Melur Biar Bekal Merentasi Zaman
Wednesday, May 19, 2010
Sunday, May 16, 2010
KEZUTAN!!!!! SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU
Malam ini ada sesi terjah-menerjah rumah tapi bukanlah untuk slot panas Melodi. Rumah siapa yang kami terjah? Apa yang boleh kami dikatakan, ada yang terkejut, ada yang gembira, ada yang tersentuh hati.
RUMAH PERTAMA
Apa2 pun, aku bangga dgn cikgu segera ini. Tanpa mengikuti apa2 kelas kek cawan, tetap mampu lakukan yang terbaik mengikut kehendakku (1 kotak 3 perasa, setiap kotak berlainan rekabentuk). Inilah yang dikatakan berani mencuba dengan kelebihan bakat yang ada.
Tahniah dan terima kasih adikku LIZA, lebih2 di atas kesanggupan buat penghantaran jam 12.30 tengahmalam ini untuk last minit tempahan. Nak buat camna dik, si abang2 baru bg tau tadi yang sekolah depa buat Hari Guru esok. Depa pun nak benda yang sama.
Semua ini kulakukan demi anak2ku supaya mereka dari kecil belajar menghargai jasabaik guru. Buat guru kesayanganku Y.BHG. DATO' ISMAIL ABU BAKAR, `Min tak lupa cikgu.... Tunggu!!!!!'
MERENUNG SAYU DI LUAR PAGAR
MELIHAT TUNAS SEMAIAN BARU
CURAHKAN ILMU TERUS MENGAJAR
AMALAM MULIA SEORANG GURU
TUNAS SEMAIAN BERBUNGA KINI
MENUNGGU MASA UNTUK DITUAI
GURU BAGAI LILIN MEMBAKAR DIRI
MENDIDIK BANGSA MENJADI PANDAI
HASIL TUAIAN MELIMPAH RUAH
REZEKI DIKONGSI BERSAMA KELUARGA
KHIDMAT BAKTI GURU TAK PERNAH BERUBAH
BERKATNYA DIBAWA HINGGA KE SYURGA
TERIMA KASIH CIKGU
HADIAH BUAT GURU 6 DELIMA
Semalam kami tak sempat nak cantikkan Kelas ADNIN. Jumpa cikgu kelas, janji nak buat makeover hari ni. Hari ini, telefon sepagi cikgu tak dapat dihubungi. Sebelah petang barulah dapat. Rupanya cikgu tertinggal hanphone atas kereta. Tak dak rezeki la nak makeover Kelas 6 DELIMA ya cikgu!
Walau tak dapat makeover, kelas ini memangnya dah cantik dan bersih. Dah 2 kali menerima pengiktirafan sekolah sebagai KELAS TERCANTIK & BERSIH TAHAP 2.
Kali pertama untuk tempoh 18 - 22 Januari 2010
dan kali kedua untuk 26 - 30 April 2010
Cikgu Wan Ratna, Guru Kelas bersama tampalan idea2 mama untuk mengindahkan papan kenyataan kelas.
Kreativiti mama juga ditampal di pintu masuk 6 DELIMA.
HADIAH BUAT GURU 4 DELIMA
Belumpun tamat Kem Ibadah untuk Adnin, mama sibuk pula dengan Program Gotong-Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Wilayah Persekutuan. Si bungsu awal pagi dah bersedia dan mama sebelum bergerak ke sekolah, call Guru Kelas dulu. Sedih Amni bila dapat tahu Guru Kelasnya tidak dapat turut serta. Bila mama explain cikgu tak dapat datang sbb bawa ibunya yang sakit tenat ke hospital, baru Amni dapat terima. Tapi dia tetap mahu ke sekolah untuk jayakan aktiviti ini.
Program ini bukan seperti gotong-royong biasa, ianya lebih ke arah aktiviti keceriaan kelas. Ibubapa, guru dan pelajar2 bekerjasama mengindahkan kelas bagi tujuan keselesaan pelajar mengikuti pelajaran di dalam kelas mereka. Jadual asal program tamat jam 10.00 pagi, tapi kami selesai segalanya jam 4.30 petang. Mengapa?
Antara guru2, pelajar2 dan ibubapa yang menjayakan program ini
Memandangkan Cikgu Hanu tiada, Cikgu Firdaus diamanahkan untuk mengemudi perjalanan program di kelas Amni. Tak mahu menghampakan anak, mama dan abah turun tangan. Dah tengok kelas , kami decide buat makeover kelas 4 DELIMA. Terus balik rumah, ambil segala baki2 cat dan wall paper yang ada. Gembira sungguh AMNI WAFA, FATIN ADLINA, YUSATIKAH, ADLIN DIANA, KENCANA LIANA, AMENSYAH dan RUZAIREEN bila nampak uncle bawa cat. Bersemangat mereka nak cantikkan kelas. Apa yang disuruh semua mereka buat. Bermulalah kerja2 transformasi kelas seperti di bawah:-
Buat hati2, jgn bagi koyak.
Kumpulkan setempat sebab nanti nak tampal balik.
Comotnya dinding.......
Alas surat khabar supaya lantai tak kotor dgn cat.
Buat cermat2, jangan bagi koyak kertas dinding
Mama hanya tunjuk contoh 2 kali saja. Selebihnya mereka yang buat sendiri. Sambil mengajar terapkan konsep semangat kerja berkumpulan dan sifat tolong-menolong, mengapa agihan tugas penting, fokus dalam kerja, teliti dan cermat untuk hasilkan yang terbaik. Syukur, mereka berjaya laksanakannya.
Memandangkan mereka begitu bersungguh nak cantikkan kelas, semua tak sebut nak balik cepat. Untuk itu, sebagai imbuhan kepada pelajar2 yang 120% tunjukkan komitmen, makan tengahari adalah atas pilihan mereka. Sajian tengahari kami, KFC. Bestnya!!!! Suka, suka, suka. Amenshah mengetuai bacaan doa diikuti semua. Bergema 4 DELIMA, lari iblis yang ada sekeliling kelas.
Ni baru betul2 kerja. Lihat saja pakaian mereka.
Maafkan saya ibu2
Inilah orang2 kuat yang bekerja keras
Terima kasih CIKGU FIRDAUS, guru gantian yang diamanahkan mengemudi kelas. Terima kasih SU (ibu Kencana) dan YATI (ibu Yusa) yang turun tangan sebelah petang. Niat datang sebab risaukan anak mengapa tak sampai2 rumah sbb bg tau mereka habis jam 10.00 pagi. Bila sampai kelas, mereka juga sangkut dan terus membantu.
Proses akhir, lantai pun kena bersih
Ibu2 buat final touch-up
Wajah baru kelas. Kami namakan TAMAN ILMU 4 DELIMA. Tertera nama pelajar2 yang menjayakan program ini sebagai penghargaan kepada mereka.
P/S Cikgu Hanu,
Tuai Padi Antara Nampak
Esok Jangan Layu2an
Belailah Ibu Antara Nampak
Esok Jangan Sesal2an
Keputusan yang cikgu ambil itu tepat. Saya hormati dan tahniah!!! Sememangnya anda layak menerima hadiah ini dari anak2 muridmu. Harapan kami sebagai ibubapa, didik anak bangsa terutamanya anak2 kami menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya. Pegang amanah ini.
MENJELANG HARI GURU
Wednesday, May 12, 2010
SENTUHAN PROFESSIONAL
Ceritanya camni....
Tengah dok syok2 suruh member ofis tolong tangkap gambar `couple panas' ni, ceewahhh!!!! tetiba datang seorang lelaki kata `Kak2, duduk balik, duduk balik. Saya nak ambil gambar'.
Ada mata rupanya yang melihat aksi kami. Kita pun `OK dik, OK dik. Cepat skit orang tengah que nak ambil gambar dengan kereta BOND ni'. Habis saja, `Dik, minta nombor telefon, nanti nak minta gambar'. Ni bisnes kad saya kak. OK nanti akak calling2 kau ya!
Masuk balik ballroom, tengok kad, rupanya budak lelaki ni freelance professional photographer. Memang tak sabor la nak tengok sentuhan kerja dia. Hari ini, dapatlah foto tu. Siap combine dgn gambar member ofis lagi. Bila masa kau snap gambar ni dik, akak tak perasan pun.
Apa2 pun, I LIKE sgt2 foto ni sebab ni la julung2 kalinya akak pi Group Awards Nite selama kerja dgn TM ni dik. Entah camna tahun ni terasa nak pi. Aura James Bond tu kot rasanya dan aura akak dgn abang berjaya menarik minat kau untuk datang ambil gambar kami. Terima kasih.
So sapa2 yang berhajat nak dapatkan perkhidmatan professional photographer ni, lihatlah hasil sentuhannya di blog http://kingfotoz.blogspot.com
Lebih senang, hubungi terus empunya badan KHAZRAZ ASWADI, 013 363 7480 atau email ke kingfotoz@yahoo.com.
Tuesday, May 11, 2010
HARI IBU 2010
Balik dari lapang sasar, selepas uruskan anak2, seperti biasa `Satu Tujuan Satu Matlamat'....
- 2x Cucumber vs Aloe Vera Tripple Mask Treatment
- 2x Cucumber Eye Treatment Mask
- 2x Hot Massage Candle
- 2x ELV Tummy Treatment
- 2x ELV Breast Treatment
- Breast Scanning by Certified Consultant
- 2 bottles Deep Sea Water
Jam 7.00 malam selesai rawatan untuk hari pertama. Esok harinya, pagi2 lagi dah sampai di P&P Beauty untuk rawatan seterusnya....
Ringan badan, Ringan minda. Tapi masih banyak rawatan yang belum selesai. Next2 time ajalah bila free. So now kedai yang hutang pelanggan. Hutang treatment saja, bukan hutang duit.
Keluar butik perutpun lapar. Teringin la pulak nak merasa ayam kampung dekat Veledrom, Cheras. Zass ke situ seterusnya, senang hati bila dah kenyang. Sebelah petang, joggging di taman bersama suami dan Amni. Boleh 5 round, balik berkebun kat depan rumah pulak.
Sebelah malamnya si suami ada plan sendiri. Apa2pun, semuanya kena buat lepas anak2 balik tuisyen. So we have a late dinner on that night.
HAKIM diamanahkan oleh abahnya menjadi penghulu pada malam itu untuk membacakan doa sempena majlis makan malam hari ibu tahun ini. Time nak makan tu beginilah keadaannya...
Subscribe to:
Posts (Atom)